SKINCARE: BASIC SKINCARE ROUTINE UNTUK NEWBIE!

Hai uolls, I nak share Skincare rountine untuk newbie yang baru nak mula! Ini basic yea bukan yang macam Korean punya step.  Follow yang tu I pun tak mampu nak ikut!

Uolls rasa yang mana dulu perlu kita guna? Serum atau scrub? Ke toner? Habis tu macam mana pula dengan cleanser dan moisturizer?

Haa confius kan? hehe

Yang penting, uolls kena kenal dulu jenis kulit uolls macam mana, masalah kulit uols & kulit yang uolls impikan, macam princess gitewwww haa. Jenis kulit kering, normal, berminyak atau kombinasi. Selepas tu perlu tahu juga keadaan kulit uolls dimana kulit uolls tu jenis sensitif, jerawat, berparut atau kekeringan. 

Jom I share 5 step skincare routine untuk semua beginner. Boleh ikuti step seperti dibawah OK!

Step 1: Cleanser

Jenis pencuci muka bergantung pada kulit masing-masing. I percaya semua orang menggunakan pencuci muka. Mustahil uolls tak guna pencuci muka. Tapi, uolls tahu ke pencuci muka yang uolls guna tu sesuai untuk kulit? Pencuci muka ni ada 2 jenis tau, 1 water-based cleanser dan satu lagi oil-based cleanser. uolls pilih lah ikut kesesuaian kulit uolls. Cuci muka sangat penting tau dalam penjagaan kulit wajah. Jadi, jangan sesekali tinggalkan step ni ek.

Step 2: Toner

Penting ke toner untuk kulit kita? I tak cakap ia wajib tapi sangat digalakkan untuk korang yang ada masalah kulit kering dan dehydrate. Ia juga digunakan untuk sempurnakan “cleansing process” dengan membantu membuang lebihan yang tertinggal pada kulit wajah seperti make up, minyak, sel kulit mati, atau lebihan cleanser yang tertinggal pada kulit wajah. 

Step 3: Serum

Dah lepas pakai toner tu, uolls boleh apply pula dengan Serum! Pemilihan serum bergantung dengan masalah kulit yang uolls alami. 

Contoh Advaced Formulation Anti-Aging Serum ni, ia sangat bagus untuk menangani masalah seperti penuaan, garis halus, kedutan dan pelbagai lagi masalah kulit wajah anda! Jadi bagi anda yang berusia 30-an keatas, sangat-sangat la digalakkan untuk menggunakan serum ni. 

Tak percaya ke?

Kalau nak tahu, serum ni ada hyaluronic acid & vitamin C yang amatlah bagus untuk menghilangkan garis-garis halus pada wajah dan menampakkan kulit anda muda macam anak dara. Umur 40 pun Nampak macam 20-an.

Faham tak ni?

Kalau tak faham I tambah lagi satu contoh ok!

Kalau uolls ni jenis yang ada kulit bermasalah, serum yang ni PALINGGGGG sesuai bagi uolls! LEBIH-Lebih-lebih lagi yang mengalami masalah kulit yang teruk seperti jeragat, dan kesan-kesan parut pada wajah. 

Ni la serumnya, High Performance Skin Correcting Serum!!

Serum ni lebih kepada untuk menyelesaikan masalah kulit jerawat, berminyak, kulit kusam,  mencerahkan kulit dan menguatkan lapisan kulit.  Jadi kalau uolls ada masalah yang macam I tulis tu uolls pilih la High-Performance Correcting Serum. I dah cuba tau. Memang I recomended sangat dekat uolls.  hehe

Haaa macam tu la, pilih serum berdasarkan masalah kulit uolls.

 

Now, uolls dah tahu kan??

Jom kite beralih kepada step seterusnnya……..

Step 4: Moisturizer

Ini antara element perlu ada dalam skincare routine uolls tau. Tak kisah lah uolls mempunyai kulit kering atau lembap! Ia penting untuk lock segala layer skincare sebelumnya. Moisturizer adalah untuk melembapkan dan menghidratkan kulit.  Ia sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit kering dan berminyak. Senang kata, moisturizer ni memang satu keperluan dlm rutin penjagaan kulit. Jadi, jangan lupa pakai tauu!!

Step 5: Sunscreen

Jeng jeng jeng, siapa dekat sini tak suka pakai sunscreen? haaaa step ni paling penting tau. Tolong jangan skip! 

Rugi lah kalau uolls tinggalkan tips ni. Kadang-kadang I pun malas nak pakai sunscreen. Macam tak penting tapi ia wajib yea untuk elakkan sunburn dan jeragat. Kalau uolls tak guna sunscreen ni, sia-sia je la uolls amalkan rutin skincare kat atas tu. Sunscreen membantu menjaga kulit dari terkena sinaran matahari yang berbahaya iaitu sinar UVA dan UVB.  Ini kunci segala kecantikkan 

Ok settle 5 step skincare routine untuk beginner. Hasilnya pasti memuaskan. Nak cantik kena rajin dan sabar ok?

  I harap skincare routine yang I tulis ni dapat membantu uolls. 

Semoga bermanfaat!

X