CARA MENCEGAH DAN HILANGKAN JERAGAT DAN TOMPOK GELAP PADA WAJAH

Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka anda seperti dahi, pipi, hidung, dan kawasan sekitar mulut. Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit anda kelihatan tidak sekata.

Jeragat ini juga dinamakan hiperpigmentasi. Ramai yang tidak gembira dengan tompok-tompok gelap atau hiperpigmentasi ini. Sebenarnya ia tidak merbahaya tapi dari sudut estetik dan kecantikan ia kelihatan tidak cantik.

Sebelum berbincang tentang produk yang boleh digunakan untuk mencegah, mengurangkan atau merawat tompok-tompok gelap ni, kita perlu fahami dulu apakah punca yang menyebabkan tompok-tompok gelap ini berlaku. Antaranya adalah:

  1. Perubahan Hormon

Perubahan hormon memberi kesan terhadap penghasilan melanin dan seterusnya mengakibatkan hiperpigmentasi dan terhasilnya tompok-tompok gelap. Biasanya berlaku pada wanita yang mengandung. jika tidak di rawat dengan produk yang khusus ia akan menjadi kekal.

  1. Pendedahan Sinar UV berpanjangan.

Kesan pendedahan sinar UVA, akan menyebabkan tumbuh jeragat. Jam 11 pagi hingga 2 petang, Sinaran UVA paling tinggi dan boleh tembusi ke kulit dalam dan menimbulkan pigmentasi. Bila dah Nampak kemunculan tompok hitam, perlu cari produk yang sesuai untuk menghilangkan tompok tersebut sebelum ia menjadi teruk.

  1. Bekas jerawat

Bila jerawat habis dan pulih, proses keradangan kulit berlaku dan menyebabkan melanin lebih banyak terhasil di kawasan tersebut. Hiperpigmentasi menghasilkan peningkatan jumlah melanin atau pigmen warna kulit. Akibatnya, timbul tompok hitam di wajah

Jadi 3 perkara yang diceritakan itu adalah situasi biasa yang mana menjadi punca atau faktor berlakunya hyperpigmentation.

Sekarang kita bincangkan pula tentang cara untuk merawat hyperpigmentasi. Produk rawatan biasanya ada dua pilihan iaitu essense atau serum. Bila memilih produk rawatan untuk merawat jeragat atau hyperpigmentation anda perlu pilih produk yang mempunyai bahan aktif tertentu yang boleh merawat masalah jeragat atau tompok gelap tersebut. Contoh bahan aktif adalah:

  1. Vitamin C

Vitamin C adalah bahan aktif yang sangat popular untuk menghalang penghasilan melanin yang berlebihan. Vitamin C berfungsi untuk menghalang pertumbuhan enzim tyrosinase supaya tidak berlaku hiperpigmentasi. Salah satu produk yang kaya dengan vitamin c dan digunakan khusus untuk merawat hiperpigmentasi adalah Advanced Formulation Anti-Aging serum.

Advanced Formulation Anti-Aging serum kaya dengan vitamin C untuk memulihkan tompok-tompok hitam pada kulit wajah. Vitamin c juga sangat terkenal untuk skin whitening. Penggunaan secara konsistan akan mengembalikan kecantikan kulit anda malah lebih baik.

Biasanya harga serum atau essence sedikit mahal berbanding dengan produk lain dalam skincare kerana peratusan bahan aktif di dalam serum dan essence lebih tinggi berbanding produk yang lain.

2. Vitamin E

Vitamin E berfungsi membantu dalam penjanaan kulit baru yang lebih sihat. Vit E juga untuk mencerahkan kulit dan dicadangkan pakai bersama vit C untuk mendapat kesan yang optimum. Selain menjana kulit baru, Vitamin E juga mempunyai antioksidan yang membantu melawan radikal bebas. Ia juga membantu dalam melembapkan kulit dan menganjalkan kulit.

Vitamin E adalah bahan aktif yang bukan sahaja berguna untuk merawat kulit hiperpigmentasi tapi juga masalah-masalah kulit yang lain.

3. Niacinamide

Contoh produk yang ada niacinamide adalah high performance correcting serum. Ia adalah sejenis serum. Fungsinya adalah untuk merawat dan di pakai pada muka selepas muka dibersihkan.

Niacinamide berfungsi untuk menghalang melanin sampai ke permukaan kulit. Beberapa kajian mendapati niacinamide dapat membantu dalam memudarkan bintik-bintik gelap. Manfaat ini dapat dilihat selepas 4 minggu, tetapi tidak melebihi 2 bulan

Mengikut kajin sekumpulan pakar pada tahun 2002 mengatakan produk yang ada niacinamide boleh menyebabkan hiperpigmentasi berkurang dan mencerahkan kulit.

Kajian pada 2011-pula mengatakan kandungan niacinamide berjumlah 4 % dalam produk apa-apa produk akan merawat hiperpigmentasi secara efektif sama seperti hidrokuinon. Niacinamide pilihan lebih baik dan selamat berbanding hidrokuinon.

Jadi untuk merawat hiperpigmentasi anda boleh dapatkan produk yang mengandungi bahan aktif seperti dinyatakan di atas. Produk aktif yang dinyatakan di atas sangat mudah di dapati. Bertindak sekarang sebelum terlambat. Mencegah lebih baik daripada merawat.

X