Kulit Cantik
Tanpa Make Up

Berapa ramai wanita diluar sana yang tidak mengetahui dan mengamalkan penjagaan kulit wajah yang betul menjadikan kulit tidak selari dengan usia dan meningkatkan kadar penuaan kulit dengan lebih cepat. Jadi, apakah rahsia yang menjadikan kulit sihat ?

1. Sinaran UV

Sinaran UV yang berpanjangan tidak bagus untuk kulit kerana akan menyebabkan kulit terbakar. Sinaran paling terik adalah sekitar jam 10 pagi hingga 4 petang. Pancaran UVA dan UVB yang terik, terus masuk ke dalam lapisan kulit dan akan terhasilnya masalah-masalah kulit seperti sunburn, penuaan dan kedutan. Bagi mengelakkan pancaran sinaran ini terus ke dalam lapisan kulit, wajib pakai pelindung matahari (sunscreen) sekurangnya mempunyai SPF 15.  Awas! cahaya matahari juga boleh menyebakan kanser kulit.

2. Minum air secukupnya

Air sangat penting untuk tubuh badan kita. Air secukupnya akan menyebabkan kulit sentiasa lembap dan cantik.

Ramona zam zam pernah berkongsi rahsia kulit beliau kembali cantik dan licin dengan minum air putih secukupnya. saya pasti ramai yang perasan 2-3 tahun sebelum ni kulit ramona sangat teruk dan tidak licin walaupun telah di tutupi dengan solekan. 

Pengambilan air secukupnya, dapat menyingkirkan toksik yang terdapat dalam tubuh badan kita dan sekaligus masalah kulit seperti garisan halus, kusam dan kekeringan dapat diatasi. 

Ramona sentiasa membawa botol air kemana sahaja dan minum air putih Sekurang-kurangnya 2L setiap hari. Saya dah cuba tips ini dan ia terbukti berkesan kerana saya dapat merasai perbezaannya pada kulit saya.

3. Tidur yang mencukupi

Pastikan anda tidur sekurang-kurangnya 8 jam setiap hari. waktu tidur merupakan fasa rehat pada kulit dan sewaktu ini lah kulit akan menghasilkan kolagen yang baru. Tidur yang cukup dapat mengelakkan masalah lingkaran hitam di bawah mata dan wajah lesu. Lama-kelamaan wajah akan nampak lebih berseri dan anda kekal awet muda. Sangat penting untuk kita jaga atau manage waktu tidur kita supaya kulit kekal cantik berseri dan sihat.  Jadi, jangan lupa untuk dapatkan tidur yang mencukupi dan lena.

4. Skincare rutin

Adalah amat penting untuk anda mengamalkan rutin skincare harian walaupun mengenakan atau tidak mengenakan sebarang solekan, anda tetap perlu menjaga kulit wajah. Saya telah membuat beberapa rujukan berkaitan kajian yang telah dilakukan dan mendapati rutin penjagaan kulit yang betul dapat membantu dalam merawat, mencerah dan merealisasikan impian anda untuk mendapat kulit idaman. Pastikan anda jaga kulit wajah anda dengan konsistan mengamalkan rutin penjagaan wajah yang betul, mengikut turutan yang betul dan produk yang betul. Jangan sesekali keluar rumah tanpa krim pelindung matahari.

By the way, saya ada perasan satu produk yang muncul di timeline saya, iaitu Serum Clayl. Saya telah selidik dan mendapati bahawa serum ini menggunakan bahan dan formulasi yang sama seperti orang barat. Untuk kepastian, saya membeli produk ini dan mencuba selama 8 minggu dan dapati ia memberi perubahan pada kulit saya. Saya juga perasan ia lebih efektif dari kebanyakan produk-produk lain dalam penjagaan kulit wajah. Apa yang paling menarik ia sesuai dengan pelbagai jenis kulit. Walaupun terdapat pelbagai jenis produk, tetapi ini yang paling sesuai untuk digunakan. Learn More

5. Bersenam

Lakukan apa sahaja ativiti seperti jogging, berbasikal, badminton atau apa-apa aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Bersenam dapat meningkatkan peredaran darah, menyingkirkan toksik dan meningkatkan peredaran oksigen pada kulit. Malahan, senaman dapat meningkatkan endorfin yang dapat mengurangkan stres dan memberi keselesaan pada tubuh serta kulit. Tapi jangan lupa tau, sebelum keluar bersenam pastikan anda memakai krim pelindung matahari.

6. Pengambilan Vitamin C

Vitamin C disebut sebagai salah satu bahan anti-penuaan terbaik di pasaran dan kunci untuk mengekalkan kulit yang halus, sekata, dan bercahaya. vitamin c telah digunakan dalam pelbagai produk kecantikan. Walaupun anda mungkin mendapat vitamin C dalam diet anda, tiada jaminan bahawa ia akan langsung ke kulit anda. Menggunakan serum dan produk topikal lain adalah kaedah paling tepat untuk mendapatkan faedah ini.

Antara produk yang mengunakan Vitamin C sebagai bahan kandungan.

Supplement

Clinelle Skincare

Source Information of Ingredients

X